7 TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Semua tahu susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan.

Alhamdulillah Wanie diberi peluang dan berjaya menyusukan anak kedua setelah gagal menyusukan anak sulung disebabkan masalah kurang susu.

Siapa yang tak teruja bila dapat menyusukan bayi sendiri kan. Proses penyusuan merupakan satu kepuasan untuk Wanie, dan Wanie percaya semua ibu pun turut rasa teruja dan berpuas hati sekiranya dapat menyusukan bayinya sendiri. Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu. Wanie pun pernah alami masalah kekurangan susu ni. Sebenarnya banyak sebab yang mempengaruhi proses pengeluaran susu ibu.

jom kita check APA TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

1. BERTENANG. JANGAN STRESS

  • Sila bertenang okeh. Tekanan merupakan salah satu punca penghasilan susu terganggu. Mungkin ramai yang tidak tahu, stress salah satu punca susu merudum / berkurang. Namun semasa kita bertenang, tindakbalas hormon akan meneutralkan dan membantu dalam pengeluaran susu.
  • Alunan muzik atau mendengar ayat-ayat al-quran juga boleh membantu kita untuk bertenang. Tips yang paling mudah dipraktikkan ialah, semasa memerah susu, bayangkan wajah dan keletah bayi yang comel itu. Ini pasti sangat membantu dalam pengeluaran susu. Kita pasti teruja melihat susu mengalir laju ketika memerah susu.

 

baby-sleeping-on-bed-1

2. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

  • Ramai ibu yang gusar tentang penghasilan susu badan mereka. Mereka panik apabila susu yang dipam semakin hari semakin berkurangan. Baby pula selalu merengek dikhuatiri tidak cukup susu. Bagaimana dan kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya ialah ‘mindset’. Otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia. Setiap fikiran atau idea yang dijana oleh otak akan dihantar ke anggota badan yang lain untuk bertindak.Sebagai contoh, perut yang kelaparan akan menghantar isyarat ke otak lalu otak akan menjana sesuatu idea untuk membolehkan perut diisi. Kemudian otak akan menghantar isyarat ke anggota badan yang lain sama ada untuk memasak atau membeli sesuatu untuk dimakan. Demikianlah juga perihal menyusu ini.Berfikiran positiflah wahai ibu sekalian. Apabila kita berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu. Sentiasalah berfikir bahawa susu badan cukup untuk si comel.

3. SUPPLY AND DEMAND

  • Apa itu ‘supply and demand’?

    Semakin banyak susu dikeluarkan, semakin banyak lagi susu yang akan dihasilkan. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘supply and demand’. Jadi susukanlah bayi sekerap mungkin. Bayi seharusnya disusukan mengikut kehendak mereka. Tiada waktu dan jumlah susu yang tetap untuk seseorang bayi. Perut bayi sangat kecil semasa lahir dan susu yang diperlukan juga memadai untuk perut mereka.

    Susu yang dihasilkan oleh breast kita sebenarnya cukup untuk bayi mengikut umurnya. Jadi jangan bimbang jika bayi kerap merengek walaupun sudah menyusu beberapa kali. Naluri bayi ingin selalu didakap dan dibelai terutamanya oleh ibu mereka. Adakalanya bayi yang merengek bukan mahu menyusu tetapi hanya inginkan bau ibu serta sentuhan kulit ke kulit (skin contact) yang menenangkan mereka. Mereka akan mudah terlena di dalam dakapan ibu.

    Salah satu hikmahnya menyusukan bayi iaitu dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi. Bermula dari dalam rahim bayi dikendong oleh ibu dan setelah lahir mereka masih ingin berasa selesa seperti di dalam kandungan. Maka dakaplah bayi anda dan berikanlah baby tu susu pada bila-bila masa yang mereka mahu. Selain mendapat khasiat dari susu ibu, bayi juga akan gembira dan tidak meragam.

    saiz perut bayi

    Size perut baby mengikut umur mereka 🙂

4. PAM /PERAH SUSU BADAN

  • Kalau nak banyak simpanan, kena perah banyak-banyak. Inilah antara tips banyakkan susu badan yang banyak diamalkan oleh ibu bekerja.Ibu yang bekerja dan menghantar baby kat pengasuh perlu pam/perah susu badan untuk diberi kepada bayi semasa ketiadaan ibu. Susu perahan disimpan dengan baik di dalam peti sejuk sebagai stok. Latihlah diri pam/memerah susu badan sejak di dalam pantang lagi. Buatlah stok seawal yang boleh.Ibu yang bekerja disarankan agar pam/memerah susu di tempat kerja. Ambillah sedikit masa untuk pam/memerah susu. Buat satu jadual pam/perah yang ringkas untuk membantu dalam proses penyusuan ini. Perahlah susu secara konsisten. Jadual ini sangat membantu khususnya kepada ibu yang berkerjaya. Memerah susu secara konsisten akan membantu penghasilan semula susu selepas diperah.Selain dari ibu yang bekerja, surirumah juga digalakkan memerah dan menyimpan stok susu kerana jika berlaku kecemasan terhadap si ibu, bayi masih mendapat susu ibu. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’.

5. KOSONGKAN PAYUDARA

  • Satu lagi cara yang disarankan untuk ibu menyusu ialah sentiasa mengosongkan payudara. Mengosongkan payudara bermaksud kita kena kerap menyusukan bayi atau pam/ memerah susu badan. Payudara tidak seharusnya dibiarkan membengkak dipenuhi susu. Malah jika payudara membengkak, ibu akan dikhuatiri mendapat demam secara tiba-tiba. Jika payudara kosong, susu akan dihasilkan semula dengan lebih cepat dan kembali memenuhi payudara.

    Sebaliknya, payudara yang penuh dan membengkak akan menyebabkan penghasilan susu semakin berkurangan. Untuk lebih mudah difahami, lebih banyak ruang kosong di kantung payudara, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Semakin lambat payudara dikosongkan, semakin kurang potensi susu akan dihasilkan.

    Satu cara yang cepat untuk mengosongkan payudara ialah dengan pam/memerah susu pada bahagian sebelah payudara semasa bayi menyusu pada payudara sebelah lagi dengan menggunakan pelbagai kaedah yang ibu selesa. Contohnya, bayi menyusu di payudara kanan, manakala payudara di sebelah kiri diperah menggunakan pam elektrik.

breast pump

Cara yang cepat untuk mengosongkan payudara

6. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

  • Semua tahu bahawa air merupakan elemen penting dalam sistem tubuh badan manusia. Minumlah air sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 3 liter sehari. Air adalah ejen yang akan membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu badan. Kurangnya air di dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya kepada ibu menyusu yang sedang dalam proses memperbaiki sistem tubuh badan selepas melahirkan bayi.

    Air juga diperlukan dalam proses perkumuhan. Badan yang kekurangan air akan mudah dijangkiti penyakit kerana bahan toksik tidak dapat dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan. Amalkan minum air kosong lebih banyak. Minum secara kerap dalam kuantiti yang sedikit akan lebih efektif untuk mencapai target 3 liter sehari.

beautiful woman drinks water from a glass and shows delicious

Minum air sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 3 liter sehari

7. MILKBOOSTER

  • Susu ibu yang pekat adalah susu yang paling berkualiti dan mengenyangkan bayi walaupun kuantitinya sedikit. Di dalam usaha menambah dan memekatkan susu badan, ibu perlu menitikberatkan makanan perangsang susu badan dalam pemakanan seharian. Makanan perangsang susu badan ini lebih terkenal dengan nama ‘milkbooster’. Terdapat pelbagai sumber makanan dan minuman yang boleh bertindak sebagai ‘milkbooster’.Setiap ibu akan berlainan ‘milkbooster’ yang diperlukan bergantung kepada kadar hormon masing-masing. Nak tahu apa ‘milkbooster’ kita, kita perlu mencuba beberapa jenis makanan atau minuman dan menilai tahap penghasilan susu badan kemudiannya. Jika merasakan payudara seakan cepat penuh, berkemungkinan apa yang diambil sebelum itu merupakan ‘milkbooster’ anda. Setiap ibu biasanya mempunyai lebih dari satu ‘milkbooster’. Selain itu, boleh juga mengambil makanan tambahan (supplement) dalam bentuk pil, serbuk atau cecair yang terdapat di pasaran sebagai perangsang susu badan.Biasanya para ibu yang sibuk akan mengambil makanan tambahan untuk membantu dalam penghasilan susu badan dan sekaligus akan mencukupkan nutrisi untuk ibu dan bayi. Walaubagaimanapun, digalakkan mengambil ‘milkbooster’ semulajadi kerana ianya lebih selamat dan menjimatkan. Carilah ‘milkbooster’ anda dan nikmatilah hasilnya!

Wanie jenis yang kurang susu, so memang sangat perlukan supplement untuk boost susu semula. Antara yang terbaik dan ramai yang recommend ialah SET MILKBOOSTER SHAKLEE. So far sangat berpuas hati dengan set ni.

set milkbooster

MACAM MANA SET MILKBOOSTER NI BANTU BANYAKKAN SUSU BADAN?

  • Set ini membantu membanyakkan susu badan dengan menggalakkan penghasilan hormon serotonin yang membuatkan ibu berasa lebih tenang dan secara tidak langsung ini akan menghasilkan hormon oxytocin yang penting untuk menghasilkan susu badan yang banyak. Komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi pengambilan ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrix sangat sangat penting dan membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu seterusnya menjadikannya lebih berkualiti dan bayi anda akan mudah kenyang dan kurang meragam.Alfalfa pula membantu memperbanyakkan susu ibu, dan ia sememangnya telah lama digunakan sebagai agen penambah susu di negara barat.Sentiasa kita ingatkan diri kita, makanan di atas hanya watak sampingan.Watak utama untuk banyakkan susu badan terletak kepada pemakanan yang seimbang dan kekerapan memerah susu badan itu sendiri.

Berminat nak dapatkan set ini untuk selesaikan masalah kurang susu?

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 011 3314 7296.

Klik button di bawah untuk membuat pembelian SET MILKBOOSTER

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s